Baik-baik Sahaja!

Assalamualaikum w.b.t

How are u?

My rumet having fever.Pity her.Syafakillah,rumet. I wanna share sumtin’ wif u ols about Tasawwur Class last nite. [This class held on every Wednesday at Foyer KTDI. After Solat fardhu maghrib. =) ] Yesterday,I’m in bad mood. Seriously, my mind was negative thinking. See, how bad I am. Not too bad actually, just naughty little bit. hehe. Thanks Allah for give me strength to face this kind of problems. I just felt that my friends just angry wif me. so sad ha.Okey,stop here before I made more broken English.I will sharing it in Bahasa Lingua Franca.

Ustaz Asri pesan’ “Sekurang-kurangnya dengar ayat suci Al-Quran dan mendengar kuliah agama sekali seminggu, kalau tidak orang itu fasik”- wallahua’lam.

Berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

Bolehkah?Boleh….Bagaimana caranya? Cara yang pertama adalah dengan berdoa dan beristighfar.InsyaAllah,doa seorang anak akan terus sampai pada ayah/bonda yang telah meninggal dunia. Apabila beristighfar pula,niatkan untuk mereka.Mudahkan? Sebab apa terus sampai? sebabnya doa seorang anak yang soleh, Allah terima kerana dia berdoa dengan ikhlas untuk ayah/bonda. Berdoa supaya Allah mengampuni dosa-dosa mereka.

Cara yang kedua adalah dengan banyakkan bersedeqah dan diniatkan untuk ayah/bonda serta membayar hutang mereka. Contohnya kenduri tahlil, jika anak itu ikhlas, pasti sampai pada ayah/bonda. Digalakkan buat di masjid sekiranya kita mahu lakukan tahlil.Kata ustaz, moga-moga dalam banyak-banyak yang datang ke majlis bacaan tahlil itu ada seorang hamba Allah yang ikhlas (sekurang-kurangnya). Moga Allah menerima amalan itu. Hal ini kerana mungkin ada yang datang ke masjid/ ke rumah bukan sebab bacaan tahlil tapi sebab ada makanan. [geleng kepala kiri kanan berulang-ulang]. Selingan, ada juga pandangan bahawa tahlil bukan sunnah. Ada carilah kebenarannya.

Cara yang ketiga adalah melaksanakan wasiat yang ditinggalkan.Contohnya menyelesaikan hutang mereka.Kata Ustaz lagi,orang yang berhutang,rohnya berterbangan. Ustaz juga berkongsi mengenai tanda-tanda kematian. “Waktu 100 hari, selepas solat fardu Asar, badannya menggigil. (anda ada rasa?) Apabila 40 hari, terasa di sekeliling pusat berdenyut-denyut,ketika itu luruhlah daun di arasy yang bernama si fulan/ah.Malaikat maut mengambil daun tersebut dan akan menunjukkan bayangnya sekaligus pada si fulan/ah dalam sekelip mata. Ketika 7 hari, si fulan/ah yang rasa sakit da tidak berselera akan berselera untuk makan sebab mulut terasa nak makan, apabila makan, dia berasa sedap sangat. Ketika 3 hari lagi, si fulan/ah terasa berdenyut-denyut di dahi, hidung dan telinga seolah-olah jatuh, manakala tapak kaki mula melunjur.Sekiranya anda perasan tanda-tanda ini,maka berpuasalah supaya mudah untuk orang memandikan jenazah anda. Ustaz kata, malaikat maut tu bukan ‘seorang’, mereka bergeng, oke! Kumpulan pertama akan menarik roh dari hujung kaki ke punggung, kumpulan kedua menarik roh dari punggung ke dada, kumpulan ketiga menarik roh dari dada hingga ke halqum. Saat itu, datanglah syaitonnirrojim yang berupa ibu/ayah untuk menyesatkan kita dari Islam. Na’udzubillah min dzalik. Ketika itu, bergantung pada amalan harian kita. Nak selamat, banyakkan zikrullah. =)

Cara yang seterusnya adalah dengan berbuat baik terhadap kawan-kawan dan saudara-saudara mereka.Tambahan info, ibu dan ayah yang kematian anak kecil, jangan bersedih sebab anak kecil itu sedang menunggu anda berdua di Syurga. Dia tak akan masuk syurga selagimana tidak bersatu dengan ibu dan ayahnya. [Ini orang yang terpilih]

Akhir kuliah, ustaz sentuh bab munakahat. Perihal nikah-kahwin. [senyum sambil geleng kepala]. Baru je nak lari, topik kawen jugak dalam silibus~ Naseb la..Tapi masuk sikit je. Ustaz bagi ayat Surah An-Nisa ayat 3 dan Surah An-Nur ayat 3. Nak tao kenapa? Meh baca..

Ustaz kategorikan perkahwinan kepada tiga jenis iaitu : biasa (B), Luar Biasa (LB) dan Luar-Luar Biasa (LLB). Mesti nak tao kan? Perkahwinan biasa ini merujuk kepada kahwin biasa (seorang suami dan seorang isteri), LB merujuk kepada lelaki atau wanita yang berkahwin dengan bangsa asing. LLB pula orang yang mengandung,baru nak kawen~.

B & LB :
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisa 4: 3) [yang di bold tu jarang orang faham bebenor]

LLB :
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur 24 : 3)

nak kawen, pikir dulu..mampu tak? kalau tak mampu? sila puasa..ustaz yang cakap!

setakat ini dulu,
cik_nisah.
Wassalam.

Advertisements

11 thoughts on “Baik-baik Sahaja!

  1. Pingback: Motivasi, Engkau Ada di Mana? | MY SURYA

  2. Pingback: Wuih … Beratnya Baju Antariksa | SC-Neo's Web

  3. Pingback: Saat Seorang Presiden Berbudi Menjual Mobilnya Untuk Sang Rakyat | SC-Neo's Web

  4. Pingback: Tidak Ada Lagi Hukuman Pancung di Saudi? « rindusyurgaku

  5. Pingback: Di Manakah Bahtera Nuh Terkubur? | SC-Neo's Web

  6. Pingback: Oprah Winfrey – Mengunjungi 200 Juta Rumah Setiap Hari | SC-Neo's Web

  7. Pingback: Sumo Merupakan Seni Bela Diri dari Timur | SC-Neo's Web

  8. Pingback: Opoccot!!Drama & Novel Online Sebenarnya,Saya Isteri Dia! | Opoccot!!

  9. Pingback: metode istinbat ushul fiqih | nasrilmokodompit

  10. Pingback: Manajemen Emosi : Sikap Melemah adalah Kemenangan | Ahsanul Husna

  11. Pingback: Cara Udik Membantu Anak Sukses | Ekonomi Modern

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s