Jiwa Kanak-kanak

Salam ‘alaik.

May all of us be blessed.

p/s : sila baca dengan bahasa baku. [sayangilah bahasa melayu]

Pagi tadi ada usrah, tajuk kali ini mengenai Buya Hamka. Apa yang dapat saya konklusikan mengenai cerita yang disampaikan daripada Abang Tarmizi kepada kami (kelompok usrah) adalah Buya Hamka seorang kanak-kanak yang seperti kanak-kanak lagi yang hiperaktif juga lagaknya, boleh dikategorikan nakal tetapi cerdas. Kasihannya, kerana adat yang terlalu ketat sewaktu zaman itu, ayah dan ibunya bercerai. Lalu, anak kecil seperti Buya Hamka kurang mendapat kasih sayang. Beliau mendapat kasih sayang dari andungnya (nenek perempuan). Ayahnya sangat garang terhadap Buya Hamka, tetapi baik kepada masyarakat setempatnya. Ayahnya merupakan seorang ulama’ yang dikenali pada waktu itu. Ayahnya sangat sibuk kerana kerapkali menjadi rujukan kepada penduduk kampung ketika itu. Masa untuk anaknya sangat terhad. Disebabkan beliau tidak punyai sesiapa untuk dicurahkan kasih sayang, maka beliau memilih untuk berkongsi kasih sayang terhadap alam. Beliau suka menghadap jendela rumahnya untuk melihat pemandangan luar dan berbicara dengan alam.

Banyak lagi ceritanya..yang menyentuh perasaan, katanya sewaktu kecil,
“Alangkah, orang dewasa ini memahami jiwa kanak-kanak”

Sebagai seorang pelajar ekologi manusia, dapat dikaitkan disini, perkembangan awal kanak-kanak sangat penting untuk pertumbuhannya ketika dewasa kelak. Kanak-kanak yang tidak diberikan perhatian dan kasih sayang cenderung melakukan sesuatu ‘perkara yang sukar dijangka’ untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya. Kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran dimana dia membesar dan didikan yang diterima membentuk siapa dia dimasa hadapan. Jiwa kanak-kanak sangat halus, mereka mudah meniru perkataan dan perbuatan orang disekeliling mereka. Apabila mereka berbicara, kata-kata mereka ikhlas dan jujur. Jiwa mereka jiwa yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Apabila mereka bercerita, dengarlah..kerana itu tandanya mereka sedang berkongsi hidup mereka dengan kita. Apabila mereka menangis, pujuklah kerana mereka inginkan belaian kerana kanak-kanak ini manusia yang manja. Apabila mereka salah, ajarlah dan betulkanlah dengan cara yang bijaksana. Kerana seorang kanak-kanak yang bebas jiwanya, akan menjadi kanak-kanak yang cerdas akalnya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Rebung masih lembut, masih boleh dilentur tapi bila menjadi buluh, ianya sudah keras [kerat buat lomang pun sodap!] Begitulah analoginya.Eh, ade kaitan ke dengan lemang?

Ada satu cerita hari ini; masa lalu ke ‘food court’ tadi, saya ternampak seorang budak. Budak itu setia menemani ayahnya. Si ayah pemotong rumput. Bagaimana bisa kutahu? Ah, aku kan perisik jalanan.Erk? Mohon tidak percaya. Terima kasih. [Sambung] Sudah beberapa kali saya terserempak dengan budak itu. Masuk kali ini, baru kali kedua. Setianya menunggu dan melihat kejerihan bapanya memotong rumput dari pagi hingga mencecah matahari nun di langit tinggi. Teriknya mentari membahang usah dikhabar, namun cuaca tadi kelihatan mendung apabila mendengar suara lunak + sumbang yang menyanyi. [Siapa itu? Biarlah rahsia..eh..eh..yang semestinya bukan saya orangnya..ehem] Kelihatan sayu di lubuk hatiku, diam-diam kumemikirkan emak dan ayah yang bertungkus-lumus membesarkan diriku hingga dewasa tanpa keluhan dan rungutan. Lelah dan keringat disembunyikan demi sesuap nasi. Oh mulianya seorang emak, seorang ayah. Jauh melayang, lantas doa kulantunkan moga budak itu menjadi saham buat ibubapanya. Ingin kukenali budak itu. Ketika cuti hujung minggu sebegini, pasti kanak-kanak lain riang bersama keluarga, bercuti berkelah barangkali. Tidak pun bermain bersama kawan-kawan sebaya. Kulihat diwajah kecil..itu tiada paksaan diraut wajahnya,  malah jasadnya tenang melihat bapa yang sedang bekerja. Alhamdulillah. Senyum.

#Aku bangkit setelah rebah. Bangun menelan kata-kata yang pernah kulontarkan. Bersabar bukannya semudah berkata-kata. Hakikatnya kumemerlukan pertolongan-Nya. Menerima takdir yang ditetapkan dengan hati yang redha. Aku masih belajar untuk ikhlas. Kata orang, ikhlas itu, Allah sahaja yang mengetahui, namun aku pasti, kita bisa merasainya. Senyum. Buta sebentar bila diuji dengan perkara yang tiada dijangka. Aku lupa, Dia Mengetahui yang terbaik untukku, aku meminta dekat padaNya, mungkin ini jalannya yang harus aku lalui untuk sampai kepadaNya. Allahu Allah..Betapa aku lemah tanpa bantuanMu..Betapa aku buta tanpa petunjukMu..pimpinlah aku bersama-sama dengan orang yang Kau pimpin, berilah aku petunjuk bersama-sama dengan orang Kau tunjuki..sungguh aku ini hamba yang lemah lagi hina. (Hutan Lipur, 2013) #

That’s all from me,

Cik_nisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s