Alkisah di Kampung Kundang

Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin merupakan hari jumaat yang sangat indah. Bukan bermaksud sebelum ini tidak indah. Indah yang saya maksudkan disini adalah hari yang diisi dengan perkara yang begitu menyeronokkan. Meh nak citer..

Pada semester ini, saya mengambil subjek kepimpinan pembangunan komuniti. Kelas pun sangatlah gempak. Pensyarah pula satu kepala. Kategori bapa tapi masih segak bergaya. Pensyarah saya ini seorang pengetua di salah satu kolej yang latih kadet polis kat UPM. Ringkasnya , subjek ni kena ‘keluar untuk bermasyarakat’. Nama pun komuniti, jadi kenalah bergaul dengan masyarakat. Jadinya, Ketua kelas kami yang comel, namanya Nana memilih Kampung Kundang sebagai destinasi pelancongan..dan menjadi persoalan (kajian) disebabkan kampung ini pernah memenangi Kampung Cemerlang pada tahun 2005.

Kami diminta berkumpul di fakulti ekologi pada pukul 7.30. Saya, Ain dan Da’ah gerak pukul 7.50. Sebab kami yakin bahawa pelajar-pelajar lain pasti tiba lewat. Pakaian untuk ke kampung itu adalah berpakaian semi-formal. Walaupun begitu, saya, Ain dan Azizah memakai baju kurung. [sebab Zizah tanya Ain nak pakai baju apa, jadi Ain kata, baju kurung] Bagi saya, saya lebih suka memakai baju kurung pada hari jumaat. Apapun yang penting menutup aurat der..

Sedang menunggu bas khas, Dr sempat menegur saya. “Kenapa pakai baju kurung?” Ye la sebab yang lain berseluar. Saya jawab la “Sopan.” Senyuman yang melebar. Dr kata lagi, “Dah macam nak jumpa bapa mentua aje..” Saya pun jawab, “Pun boley” tangan kanan dibahu, dengan senyuman lagi. Ayat selepas itu agak sentap la. Tapi takpe, ‘Dr, saya tak dapat mak mentua tapi saya dapat mak angkat, Dr ade?’ haha. Pastu bas pun sampai.

Dua jam perjalanan, barulah sampai. Dah sampai, makan dulu. Ada meehun goreng, pulut panggang, dan kueh kacang (kueh kasturi atau kueh rengas ) disertakan air mineral dan air teh o panas. Usai sarapan, kami dibawa ke kilang membuat roti dengan menaiki van. 100 % produk keluaran bumiputera dengan pembelian mesin berpuluh ribu yang dibeli dengan usaha sendiri. [syarikat adik-beradik]. Roti yang dihasilkan adalah roti inti kacang, kaya dan kelapa, biskut keras, kek yang sepotong2 ,roti beger dan roti sosej. Awal pagi dah mula, sebab kena uli roti, masa pukul 11 tu kira dah siap dibakar. Lepas tu, kami pi la melawat kolam ikan keli. Ikan keli tu sangat la banyak. Ada beberapa kolam, dalam setiap kolam ada beratus-ratus ikan keli. Ada la mencecah dalam 7000 ekor jugak la. Pemilik kolam itu bagitau (penduduk kg gak). Selalunya ikan keli kat situ dibeli sewaktu ada kenduri.

Seterusnya, kami dibawa ke kilang biskut Kak Ani. Nama kilang biskut tapi produknya kerepek. Kisahnya, dulu Kak Ani jual biskut tapi masa raya aje dapat sambutan, jadi beliau pun mencari cara untuk menghasilkan produk yang sesuai  dimakan bila2 saja tak kira usia. Jadi tercetuslah kerepek. Banyak jenis kerepek dihasilkan dan pastinya murah-murah blake. Kerepek beliau juga menembusi pasaran luar negara seperti Hong Kong, Perth, Sydney, Melbourne dan Thailand. Vietnam sedang diusahakan. Selain itu, beliau mempunyai ladang yang diuruskan oleh suami beliau sendiri. Diladang tersebut diusahakan ubi, pisang dan nenas. Banyak perkara yang kami belajar. Rasa macam ambil kursus keusahawanan pula. Oh ya, Kak Ani ni pernah dapat beberapa anugerah seperti tokoh keusahawanan wanita 2011 kalau tak silap dengar la.

Kami bergerak balik rumah tok ketua pukul 12 tengah hari. Makan lagi. Menunya nasi, ayam goreng, masak tauhu, kacang panjang goreng, masak lemak nenas, sambal belacan, tembikai, kek dan air oren. Makanan adalah percuma. Eheh. Kaum Adam makan kat luar rumah, kaum hawa makan kat dalam rumah. Lepas makan, mereka yang berjantina lelaki wajib pergi Solat Jumaat. (memang semua muslim yang pergi kampung tu..) yang perempuan solat je kat rumah. Awal jugak budak2 lelaki bertolak. Pukul 12 lebih. Haha. Biar dengar khutbah tu. Kami yang perempuan berehat, melepak di pangking (danau) dan saya tidak melepaskan peluang bermain badminton sebelum masuk waktu solat. Bermain badminton pakai baju kurung sangat osem! Erk~

Lepas solat fardhu zohor, saya pergi temuramah Mak. (Isteri Tok Ketua). Asalnya nak minta jawab questionnaire je, alang-alang tu tanya ler macam2.hiehie. Masa tu ade Mak, Cik Noghul, saya dan cucu Mak aje kat ruang tengok tv. Cik Noghul tanya, macam mana Mak besarkan anak2? Ajar solat? Ngaji..Soalan tu macam tanya petua rumah tangga aje gayanya. Mak cerita la A-Z. Awal-awal pagi bangun, masak,kejut anak2 suruh solat, selagi tak solat tak leh minum. Lepas solat mengaji, lepas tu bersihkan rumah ikut bahagian masing2, mandi dan baru boleh pergi main. Pukul 7 petang, masuk mandi, solat mesti berjemaah. (Tok Ketua pergi masjid) Mak lah yang ajar mengaji dan lepas tu barulah anak-anak boleh mengulangkaji. Nampak tak tips mendidik anak2 kat situ~

Sekarang ni, walaupun Mak tak kerja, Mak bangun pukul 3 pagi (solat tahajjud,tak tinggal). Mak pernah pi haji. Nanti nak pi Bandung dibawah rancangan JKK. Kat kampung tu ramai AJK2nya. Sambung balik, lepas tu masak, kemas rumah, ajar budak2 kampung ngaji, ajar kat masjid untuk program muslimat. Menurut pemerhatian saya, Tok Penghulu menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan amanah berdasarkan persoalan yang dikemukakan. Moga Allah terus memimpin mereka dan kita semua ke jalan yang benar. Lepas Cik Noghul minta diri, saya sambung tanya soalan. Hehehe. Banyak ilmu yang saya dapat. Nak cari pasangan. Toing..toing..toing..topik ini sememangnya tiada dalam kajian. Ho ho. Tapi saje tanya, orang tua2 ni banyak ilmu tau. Alang-alang tu..ape salahnya..Antaranya, pi merisik dulu pasangan untuk anak tu, latar belakang dia, keluarga dia lagu mana..bla..bla..kita ingat ayat Mak, “tak kisah la siapapun orangnya, asalkan ada agama, orang perempuan carilah suami yang teguh agama dia, kalau perempuan nak bimbing lelaki, bukan tak boleh tapi perempuan ni tak kuat sangat nak membimbing. (kita kan tulang rusuk yang bengkok) cari pasangan yang tak tipu, tak nyusahkan orang,boleh jaga kita…dan terlupa..ahaks.

Oh ye, saya ade belajar bahasa baru kelmarin. Satu perkataan ‘MENTONG’ cara bunyi tu ‘e’ bulan mEi…maksudnya makan untuk kali kedua. Satu lagi, dayoh..bukan dayah..haha. maksudnya tetamu. Selamat belajar. Penat yang membahagiakan.

rehat~

Disini aku belajar erti kehidupan,

Ianya bukan sekadar kehidupanku semata-mata,

Hidup..terlalu luas..

Pelbagai persoalan menerjah meminta penjelasan,

Hidup sesuatu yang ber’NYAWA’

Walau mata kasarnya tiada terlihat,

Tapi mata hatinya celik setiap masa,

Kehidupan itulah yang mengajarku erti HIDUP yang sebenar,

Mengejar bahagia yang hakiki,

Mengingatkanku kehidupan bukanlah hanya menerima

Kehidupan itu adalah memberi untuk menerima,

Betapa maknanya ia, tiada ternilai.

Aku terlelap, aku terlena dalam buaian duniawi,

Sedangkan hidupku yang pasti sedang menanti.

Kejutkan aku sahabat, bangunkan aku teman,

Jangan biarkan aku, jangan tinggalkan aku,

Aku ingin bersama-sama kalian,

Tempuhi jalan melaksanakan janji

antara hamba dan Tuan.

(Anisah,2013)

Coretan perjalanan hamba yang hina,

cik_nisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s