Aku Tak Bodoh

Bismillah. Assalamualaikum.Moga sihat sejahtera selalu.

Saya sekadar ingin berkongsi satu movie yang mana agak menarik perhatian saya. Saya bukanlah peminat tegar cerita omputih mahupun cerita Melayu. Disebabkan Tuan Qayyum, salah seorang team Khalifah Institute ketika Seminar khalifah Parenting yang mencadangkan movie ini ditonton, maka dengan bersemangat saya memasang tekad untuk menonton movie ini di youtube dengan line internet yang sangat menguji kesabaran, akhirnya berjaya juga saya habiskan menonton.

Bukan sekadar hiburan untuk menghadapi ujian pertama tetapi juga menjadi pengajaran untuk bakal ibubapa, bakal guru, ibubapa, bos, guru, polis dan masyarakat malah saya sendiri. Saya akan mengaitkan sedikit ilmu yang saya dapat dari seminar tersebut dengan cerita ini.

Tajuk movie ini adalah ; Aku Tak Bodoh.

http://www.youtube.com/watch?v=sErf8DUMDoU

Ya, ianya sudah lama. Mungkin sudah basi namun banyak pengajaran yang boleh didapati dalam cerita tersebut. (Saya agak ketinggalan zaman disitu~) Pada sudut pandangan saya, ianya menceritakan dua buah kisah keluarga yang berbeza latar belakang kehidupan mereka. Kehidupan keluarga miskin dan keluarga kaya. Nilai persahabatan yang ikhlas, nilai persaudaraan adik-beradik, nilai kekeluargaan dan yang penting nilai kasih sayang serta nilai kejujuran.

Ini yang dapat saya senaraikan apa yang saya perolehi melalui cerita ini;

1)     Peranan keluarga dalam memainkan peranan yang penting dalam membentuk jati diri anak-anak. Contoh, keluarga Jefri keluarga yang kaya, ibu dan bapanya mempunyai pendidikan yang tinggi dan bekerjaya. Namun, kesibukan dalam bidang  pekerjaan membuatkan Jefri dan abangnya terabai. Malah, ibu bapanya meletakkan pencapaian duniawi (akademik) semata-semata tanpa menekankan keperluan rohani kepada anak-anak. Bagi keluarga Sudin yang miskin, bapanya pula bersungguh-sungguh mencuba untuk memperbaiki diri dan sedaya upaya menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa sebaik mungkin. Saya amat terharu apabila ayahnya, berkata “I Love U” pada Sudin. Walaupun kelakar, tetapi hakikatnya, bukan mudah untuk mengatakan perkataan itu kerana lelaki adalah makhluk yang ego. Wa salute la~

2)     Peranan guru-guru dalam institusi pendidikan. Perbandingan antara guru lelaki dan wanita. Pelajar akan seronok belajar jika ada penghargaan dan ganjaran yang diberikan kepada mereka. Tindakan mengherdik dan memberi hukuman dihadapan ramai pelajar hanya akan memalukan pelajar tersebut walaupun hukuman itu bertujuan memberi pengajaran kepada pelajar lain. Selidik dan mengetahui latar belakang pelajar sebelum menjatuhi hukuman perlu dilakukan oleh guru-guru. Setiap pelajar itu memiliki potensi dan kelebihan masing-masing. Mendidik bukanlah mengherdik, mendidik bukanlah menjerit, mendidik juga bukanlah memekik. Mendidik bukan suatu paksaan tetapi ketegasan dalam kelembutan. Ketegasan mendidik untuk membentuk pelajar menjadi manusia yang berjaya mengikut potensi masing-masing.

3)     Pendidikan agama dan pendidikan seks kepada kanak-kanak. Salah faham berlaku apabila kanak-kanak tidak didedahkan perkara yang sewajarnya mengikut kesuaian usianya dan laras pemahaman akal fikirannya. Kanak-kanak adalah manusia yang mempunyai keinginan untuk mengetahui/menjelajahi dunia ini dengan pelbagai persoalan. Kenapa itu? Kenapa ini? Apa itu? Ini apa? Siapa itu? Siapa ini? Bagaimana itu? Bagaimana ini? Pelbagai persoalan dalam minda mereka kerana adanya pertumbuhan kognitif dan juga akibat ransangan dari sel-sel otak yang sedang berkembang.

4)     Ibubapa yang suka membandingkan zaman dulu dan sekarang. Kamon la, zaman dah berubah, zaman sekarang tidak sama yang dulu. Anak-anak hidup pada zaman gen-y, jadi pendekatan itu berbeza. Sekarang bukan zaman berleter, anak-anak cepat dewasa dan matang, perjelaskan sesuatu tanpa perlu bebelan yang panjang. Fahami jiwa anak-anak. Ya, membebel bukan suatu kaedah berkomunikasi yang berkesan tapi ianya suatu kepuasan bagi wanita untuk kurangkan tekanan.Eh.

5)     Cara mendidik anak dengan pujian, penghargaan dan memberi hadiah mengikut kesuaian umur dan keperluannya serta kemampuan ibubapa sendiri.

6)     Setiap orang suka dipuji > pujilah, susah ke? Lebih senang kan maki-keji dan perli-memerli orang~ *sigh (peluh besar!)

7)     Teguran dengan bijaksana sangat perlu hokey~ tegur bila silap, puji bila betul. Senangkan konsep ni. Jangan marah bila silap, ianya proses pembelajaran kot. So, silap, perbetulkan..kalau degil tahap kronik dan melampaui batas, barulah kenakan  hukuman. Clear?

Nak hukum pun ade caranya, bukan rotan sampai menyakitkan..itu dah menzalimi. Contohnya, elakkan membeli/bagi dia buat barang/aktiviti yang dia suka.

8)     Setuju dengan Kak Dibah masa lakonkan watak mak2 tu ; “kata-kata itu kan doa, nak-nak doa ibu bapa, In shaaAllah makbul.”, jadi, ibu bapa sekalian, kata-kata anda sangat ajaib. Jangan lupa berdoa. Bak kata bro Sham Kamikaze, “never underestimate the power of doa”

9)     Luangkan masa yang berkualiti dengan keluarga. Bila buat peraturan dalam keluarga, ibu bapa yang kena mulakan dulu becoz u re the role model to ur kids. Contoh, no phone masa makan, jadi ibu bapa kena mula dulu, baru anak-anak ikut. Kalau cakap tak serupa bikin, cane anak-anak nak hormat. Dah didik cam tu..Jangan jadi macam ketam yang ajar anaknya berjalan. Tapi ketam oke lagi, senget-senget pun ke pantai jua. Bila kita mahu anak-anak menjadi itu dan ini, kita harus mendidik bukan sekadar bagitahu, ajar..bukan suruh. Anda buat, baru mereka ikut. Sebabnya, anak-anak melihat ibubapa adalah contoh pertama mereka dalam membentuk sikap dan tingkahlaku. Watch out!

10)Nilai persahabatan yang cuba ditonjolkan begitu dekat terasa. Ya, sedarilah wahai ibubapa, ketika dewasa remaja, anak-anak itu banyak menghabiskan waktunya disekolah, andai ibubapa tidak pandai menawan hati anak-anak, jangan bertanya kenapa dia jadi begitu dan begini. Jangan salahkan mereka andai mereka tersasar dan berkasar. Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian. Teguran yang lembut dan bijaksana. Pesan Saidina Ali , didiklah anakmu ; ketika 7 tahun kebawah – bermain dengannya. Ya, ketika bayi dan kanak-kanak. Minda mereka ibarat kain putih yang akan dilakarkan oleh cara didikan orang terdekat. Siapa? Ibubapa semestinya. Minda mereka sudah pun mempunyai pelbagai persoalan. Ketika ini sikap dan tingkahlaku mereka boleh dibentuk. Ya, membentuk peribadi seorang khalifah kecil mengambil masa dan masa itu bermula semenjak dia kecil. Bagaimana dia berusaha meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Begitulah kelak dia dibentuk dengan persekitaran, didikan, pergaulan dan sebagainya. Ketika 7-14 tahun – Disiplinkan anak-anakmu.  Contohnya, pukul bila tak solat. Masa bila? Waktu umur 10 tahun itupun selepas suruh anak-anak kecil ini solat sewaktu usia mereka 7 tahun. Maksudnya; 5 kali waktu solat × 365 hari × 3 tahun = 5475 kali suruh/ ingatkan mereka. (Dari usia 7-10 tahun)

Dan ketika 14-21 tahun, tiada lagi marah-marah, bebelan dan pukulan. Saat ini, jadilah kawan mereka. Kerna sikap dan tingkahlaku sudah berbeza. Mereka perlukan bimbingan dan perhatian. Give it.

11)Before you want your children listen to you, you first must listen to your parents. Agree? Means that, you must be a good daughter/son of your parents before you be good parents to your children. Get it? Theory of cycle ~ what you give, you get back. What goes around, comes around. Isn’t it? So, respect your parents, then your children will respect you because you are – role model.

12)Anak-anak bermasalah bila ibubapa itu sendiri bermasalah. Jadi ibubapa jangan pernah lelah memperbaiki diri, kerana masih belum terlewat untuk mencapai kebahagiaan rumahku syurgaku. Eh? Kerja di luar jangan bawa ke rumah. Rumah tempat untuk mendapat ketenangan. Tak gituh?

13)Oh ya, sebelum terlupa. Bos jugak penting dalam institusi pekerjaan. Perlu adakan hari keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan hubungan antara bos dan staf. Iya tak?

14)Apapun, semua orang perlu memainkan peranan/watak masing-masing mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Bukan undang-undang negara, tetapi undang-undang Tuhan. Pesan penglipurlara dari zaman ke zaman, Hiduplah dengan penuh kasi sayang. Gituh ~

“We’re family.” Jefri~

Oke, wah..kali pertama ni panjang bangat. Hehe. Sebenarnya banyak je cerita yang boleh dijadikan pengajaran walaupun cerita kartun.

Oke, that’s it for today.

Minta maaf andai ada yang tersinggung terasa ke apa yang sewaktu dengan perasaan itu. Ini sekadar pandangan peribadi saya cuma. Mungkin tiada nilai pun. Harapnya bermanfaat. Selebihnya, pesanan buat saya sendiri walaupun belum berumahtangga Ci nisah. Eheh.

cik_nisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s