perginya assyahid Ahmad Ammar

Salam ‘alaik.

tidak ada banyak yang ingin disampaikan..

dikala isu Villa Nabila hangat diperkatakan,
dikala isu kereta 12 tahun dicadangkan..
Hati ini masih tertarik mahu membicarakan semangat anak muda,
moga dapat mengambil pelajaran dan menjadi teladan.

sila baca blog Ustaz Hasrizal bagi yang belum lagi baca untuk mengetahui lebih lanjut;

http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/

Antara post yang pernah arwah kongsikan di facebook,

Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga me-nerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini.” – nota terakhir ammar

link fb arwah :
http://www.facebook.com/ahmad.ammar.9659

Al-Fatihah buat anak muda yang cintakan jihad di jalanNya,
yang pernah peduli tentang ummah,
yang inginkan keredhaan Tuhannya..
moga tenang kau disana wahai saudaraku,
ingin aku mengikuti jejak langkah jihad yang ada padamu.
dan jejak langkah para shuhada’ di bumi Anbia.
Aminn..

moga pemergianmu berganti dengan ramai lagi pejuang agama..
berehatlah disana..
perginya selamat disisi Ilahi,
selamat bertemu kekasih abadi,
mati hanya sekali,
kini hidupnya abadi,
orang yang syahid itu hidup,
menikmati kerehatan selama-lamanya di alam yang hakiki.

video yang meringkaskan siapa mujahid hebat ini,
http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=youtu.be

Salam Takziah.
Salam kebahagiaan buat As-Syahid Saudara Ammar.

Dikesempatan ini, Selamat Hari Lahir buat kakakku yang keempat,
moga bertambah amalan yang baik disamping bertambahnya usia.
moga dikasihi dan dirahmati Allah.
cik_nisah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s