jangan biarkan..

Assalamualaikum

Salam sejahtera

Moga diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menghadapi jerebu.
Apa yang mahu dikongsikan pada warkah kali ini adalah, jangan biarkan diri kita diselubungi dengan bisikan syaitan samada bersifat riak mahupun bersangka-sangka buruk kepada orang lain. Riak tergolong dalam syirik kecil. Apatahlagi sewaktu dengannya seperti sifat takabbur, sum’ah, ujub, hasad dengki dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Sifat-sifat ini dikaitkan dengan perasaan dalam hati manusia. Sifat-sifat mazmumah adalah sifat yang tidak baik dan di wajar ada pada hati manusia kerana ia bisa membinasakan diri sendiri. Bagi yang belajar tasawuf pasti lebih arif sedangkan ini sekadar bacaan saya sahaja. Baiklah, apa yang mahu saya kongsikan adalah jauhi sangkaan buruk apatahlagi kepada orang yang kita sayang. Sangkaan buruk sekadar waspada tidaklah mengapa. Apapun, moga Allah berikan petunjuk dalam setiap perkara. Pernah aku bersangka-sangka, perasaan yang bahagia menjadi sedih. Rasa ingin menangis, ingat Allah. Dalam hati tidak putus-putus aku mengadu. Ilham daripada Allah untuk aku tegur sahabatku. Walaupun berat hati, aku mulakan juga. Tegur seperti biasa, dan Alhamdulillah wastaghfirullah. Rupa-rupanya sangkaanku meleset. Alasannya kukuh beserta bukti. eh. Jadi, fikir matang ya nak!

Okay, happy ending yooww. By the way, Congratulations to Abang Mizi and Kak Masturah. Congratulations to Zulaikha and Rasydan. Do love till Jannah. Barakallahulakuma. Happy grow old together. Please take care each other.

If you want to be good people, do change now. Have faith. Step by step. Begin with the first step is not easy as you need to constant along the journey . Just be brave and grab the opportunities. Have kind people surround you do not change you to be a good people but they might be your strength to hold your hand when you are down. Believe in ourselves is the most powerful strength. Be confident on whatever you do. It is okay if you are down but do not upset forever. Its all about our choices, our life. For example, I know my writing will have grammar mistakes, language problem but I don’t care as long as I still write because this is my passion. Passion? I think so. I hope you still can understand my writing.

Hidup ini sebenarnya indah walau dunia ini ibarat bangkai. Kadang terasa seperti bukan jalan ini yang dimahukan. Selagi mana bernafas, pilihan sentiasa ada. Ini jalan hidupku. Aku yang pilih, mahu jadi apa. Mahu jadi hantu? Mahu jadi buaya? eh eh eh?? Gurau sahaja. Yakinlah, kita orang terhebat (ini bukan riak, tapi slot motivasi diri). Allah itu Maha Hebat. Rasulullah S.A.W itu tersangat hebat. Apa kita tidak mahu jadi hamba yang hebat? ummat yang hebat? Aku terkadang lebih lumpuh daripada orang yang kurang upaya tapi mereka bangkit berusaha. Setiap kali aku melihat orang kelainan upaya, aku jadi malu. Malu kerana semangat mereka lebih membara. Berdikari. Mara ke hadapan. Berani berjuang untuk hidup yang lebih baik. Akhirnya, aku hanya mampu bersimpati terhadap diri sendiri. Mereka mungkin berbeza sifat, tapi sebenarnya mereka tidak cacat. Yang cacat itu adalah yang malas berfikir, malas berubah, malas berusaha dan hanya hebat berkata-kata. Terasa belati menyiat diri. Faham tak?

Membebel pulak. Sebenarnya aku masih mencari diri. Masih kosong dengan ilmu. Kalau ilmu pun kosong, tahu je lah amal bagaimana. Astaghfirullah. Lets fight together for better life. Bila terasa berasa di zon selesa, maka silakan berhijrah. Mungkin sudah tiba masanya aku mencari arah untuk mulakan langkah yang baru. Indah bersahabat dengan orang yang baik-baik. Nak buat jahat pun rasa malu, apatahlagi kalau buat jahat, teruslah bertaubat. Alif Ba Ta-Ubat. Tiada seindah cinta yang dapat diselami melainkan cinta pada Yang Esa. Aku manusia biasa, bukan sufi apatahlagi wali. Kadang diri ini terbuai lalai hingga terlupa pada pengawal. Hati, letaknya di dada. Hati yang dimaksudkan jantung. Jantung hati banyak darah. Kaitkan dengan hadith yang biasa kita dengar. jika baik ia, baiklah tubuh. Hati yang bersih, hidup akan tenang dan bahagia. Hati banyak dosa, jangan ditambah dengan prasangka. Jauhi banyak bercakap, buat kerja biar hebat.

Akhirnya, kita akan kembali pada Allah. Aku rindu dia, aku baca suratnya. Tengok dia ingat mati. Ingat dia, ingat kebaikan yang dia lakukan. Sungguh dia contoh terdekat untukku. Aku hormat dia sampai bila-bila. Moga tenang dia disana. Mungkin ada yang akan kata aku jiwang. Biarlah, asal Tuhan tahu nawaitu aku. jaga niat kerana Allah. Dimulakan dengan Bismillah, diakhiri dengan Alhamdulillah.

Sekian, yang baik itu semuanya datang daripada Allah S. W.T, yang lemah tidak berdaya melainkan apa yang diizinkanNya itu adalah saya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

NA
20102015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s