Teruskan Perjalanan

Assalamualaikum dan moga sejahtera atas kalian.

Perjalanan kian sukar dari hari ke hari.
Makin banyak perkara yang perlu difikirkan.
Menjalankan tugas bukan semudah rangka pada akal tapi menulis dan melaksanakan apa yang perlu dilunaskan.
.
Kadang-kadang mudah sangat dihasut dengan rasa bagus bila kita la yang buat itu dan ini.
Sedar atau tidak, saat itulah keikhlasan diuji. Bila banyak perkara kita yang buat akan jadi penat, mula lah nak bersangka buruk. Orang lain tak buat, kita je yang buat. Inilah ujian yang berat. Sedar atau tidak, keikhlasan kita teruji? Jika benar lakukan kerana Allah, biar lelah tapi akan sedar bahawa Allah tidak akan pernah mensia-siakan sekecil apapun usaha si hamba selagi mana niat itu kerana Allah semata-mata.
Tiada daya upaya melainkan dengan izinNya. Itulah tawadhu’. Merasa rendah diri walau siapa pun kita. (Betulkan kalau tersilap).

Begitu juga konsep berniaga. Saya ada terbaca di Facebook. Kenapa kita kena berniaga? Adakah kerana kita Umat Islam perlu kaya? Jawapannya, dalam berniaga kita berserah kepada Allah akan rezeki kita. Contohnya, kita boleh buat promosi sana dan sini. Keluarkan modal buat iklan, tetapi siapa yang menggerakkan hati pembeli untuk tertarik dan membeli dengan kita? Semua itu urusan Dia. kita merancang dan berusaha tapi rezeki itu milik Allah. Jadi, banyakkan berdoa pada Allah. Senyum.

Baiklah, sekadar ini dahulu penulisan saya kali ini.

 

P/S: Tolong doakan saya sukses di dunia dan akhirat. Saya doakan kalian juga sukses di dunia dan di akhirat. Senyum.

 

Advertisements