Berani kerana benar.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera. Moga kalian sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah cuti sekolah makin menghampiri. Cuti ada tapi kena lah bergilir-gilir. Hidup kena bertolak ansur barulah aman dan harmoni. Acewah nasihat mengalahkan orang lama.

Dipertengahan November aku kena chicken pox. Mak kata kecik-kecik dulu dah pernah kena. (Habis tu, awat dia mai balik? Takkan rindu kot?) Sakit itu tidaklah, cuma perlu berpantang. Jadi banyak pantang yang aku tak pantang sangat pun. Degil. Orang kata jangan kena hujan, aku terpaksa kena hujan. Memang dikuarantin dalam bilik sepanjang seminggu lebih. Alhamdulillah aku berjaya habiskan bacaanku Buku Kisah Orang Menang, Saiful Nang. Serius, aku galakkan kalian membacanya. Pengajarannya: Nak senang, kenalah berkorban, susah dulu. Bila sudah senang, tolong orang lain senang sama-sama. hebat! Pengajaran dan pengalaman membuatkan beliau berfikiran kritis dan berjaya.

Kemudian, aku baca buku Lepat : Terima kasih Si Babi Hutan, Tuhan kini aku datang. Banyak pengajaran dan muhasabah diri masa aku baca buku ni. Salah satunya, pelihara atau jaga solat? Khusyuk atau tak solat? Kalau tak khusyuk, takkan buat tak kisah ja? Kisah mengenai pengalaman yang beliau lalui semasa kehilangan hak penjagaan anak beliau yang bernama Sunni. Sejak dari itu, aku rasa macam nak pergi menuntut ilmu dari beliau. Hujah perlu balas dengan hujah. Bukan hanya dengar dan terima. Pi mengaji dan mengkaji. Kita semua sama, hanya Nabi ja maksum. Nak tahu kebenaran, kenalah siasat dulu. Nak tahu banyak lagi, hampa baca la sendiri. Berulang-ulang aku baca ayat beliau untuk menghadam. Perghh, hebat!

Bila chicken pox mula mengering, aku balik semula ke tempat perantauan. Ini kali pertama aku rasa dianiayai oleh pemandu bas, kalau setakat lewat, tak ikut masa aku boleh maafkan lagi. Tapi ini, beli tiket mahal-mahal, tak sampai tempat yang sepatutnya. Sudah pemandu bas tu tukarkan aku dengan bas lain, tempat yang sempit tu aku okay lagi. Tak kisah sangat la. Tapi sekali pemandu bas yang baru tu kata dia berhenti sampai situ ja. Takpi dah tempat sepatutnya aku turun. Terkejut kot. Dah la aku merantau seorang diri. Jam masa tu pukul 5 pagi. Dengan tawakkal, aku pergi cari teksi, (kali pertama aku naik teksi bermeter) kena tambahan RM3 tu aku boleh terima la. Mula aku tanya teksi kat situ, teksi pertama kata dalam RM30 lebih macam tu, tengok meter. Baru nak naik, ada orang dah naik dulu. Aku ambil la teksi no dua. Sampai-sampai, pak cik tu kata : “Dik, bukan yang merah ni je, kena tambah yang atas ni bacaan warna kuning..duit tol..dlm RM 5x.xx.” Masa tu memang tengah ‘kering’ duit. (Adakah ini suatu pembulian?) Takpalah. Yang penting, selamat. Kalau ikut akal syaitan, sekali dengan pak cik teksi tu pun aku rasa dianayai jugak. Aku cuma buat aduan SPAD melalui mesej sebab aku takda kekuatan nak call. Positifnya, Allah nak uji sebab nak bagi sesuatu yang lebih baik. Benda nak jadi, ambil pengajaran. Tegaskan hak anda sebagai pengguna sebab aku tak cukup tegas.

Kalau dah amanah, jangan khianat. Moga dijauhkan kita dari bersifat begitu. Moga jadi mukmin yang berjaya. Berita yang terbaru, kawan baik masa sekolah rendah dah nak bertunang dengan kawan sekelas kami waktu sekolah rendah. Terkejut aku. Pandai depa rahsia. Ceh.Oh ya, kawan sekolej : Congrats to Adah and Nazim dah selamat disatukan. Helmi dan pasangan serta Ariff dan pasangan: dengan ucapan moga berbahagia hingga ke syurga. Tahniah Nini selamat melahirkan baby. Seorang lagi nak kahwin bulan depan. Cuti sekolah ni aku dapat banyak jemputan perkahwinan. Yang mana aku tak dapat pi, hanya kiriman doa dari jauh. Moga kalian kekal bahagia hingga ke syurga. Gaduh-gaduh manja tu adat la. Jangan cemburu buta atau bersenda-senda terus jatuh talak tiga  (ada satu kisah tu viral kat fb pasal talak tiga. seram weh) . Minta dijauhkan, moga Allah pelihara. Dah la, aku pun nak bercuti menenangkan diri. Buka whats app : kahwin, buka we chat : kahwin, buka fb lagi la banyak jemputan kahwin..buka insta..log out terus. ahaha. Bak kata kawan aku, jodoh rahsia Allah. Cukuplah pemergian sahabat aku sebagai peringatan bahawa usia muda bukan hanya untuk  berpasangan tapi, mungkin belum sempat berpasang-pasangan..Allah panggil kita dulu. Moga segalanya kesudahan yang baik.

Atas niat masing-masing. Satu lagi pesan Lepat dalam penulisan beliau ; jujur dengan Tuhan. Kalau depan manusia kita boleh berlakon, tapi dalam hati? Allah lebih mengetahui. Thats it. How to be the real of myself?

Sejujurnya, aku masih keliru akan hakikat diri. Aku tahu aku hamba namun adakah aku sedar aku cuma hamba? bagaimana memecah tembok keAKUan? Perlu atau tidak ego? Perlu jatuhkan maruah? Ego bermaruah atau bagaimana? Wahai diri-diri, sedarlah diri!

Selamat bercuti dan happy family day! Hargai orang yang tersayang sebelum anda kehilangan mereka. Kehilangan tidak boleh diganti. Sedangkan cap jari pun berbeza, apatah lagi perangai manusia. Ok Bai.

Yang membebel,

NABM
27NOV2015

 

 

Happy Birthday Fatimah

Assalamualaikum.

salam sejahtera.

Inshaa Allah, esok hari ulangtahun si Fatimah aka Patimae, adik disini.
Selamat Hari Lahir Fatimah Azzahra.
Moga dirahmati dan dikasihi Allah.

Alhamdulillah, kehadiran budak berdua ini memeriahkan kehidupanku sebagai guru tadika anak-anak syurga.

Mashaa Allah, kenangan sebagai guru ini akan terpahat di sanubari, Inshaa Allah.

hidup lebih bahagia dengan memberi. Kadang-kadang rasa bersalah sebab terlepas marah kepada mereka. Meninggikan suara dalam keadaan terpaksa. Nasiblah suara perlahan. Serak dibuatnya. Bersama mereka ini, banyak pengajaran yang boleh di ambil iktibar. Ada yang bijak berkata-kata, ringan tulang, bercerita dan bermanja. Alhamdulillah. Kadang-kadang sangat mencabar kesabaran hingga batas terakhir.

Kak Hasnoor, isteri pengurus pernah berkongsi, bahawasanya marah itu adalah penyakit. Orang yang cepat marah adalah orang yang lemah. Aku akui, aku orang yang lemah. Walau bagaimanapun, anak-anak ini adalah penghibur, penguji kesabaran..Namun, itulah tiket ke syurga jika kena caranya. Inshaa Allah.

Okaylah setakat ini dulu.
Sekian cerita pari-pari.
Bersabarlah, Allah pasti bagi jika itu yang terbaik buat kita. Inshaa Allah, moga Allah permudahkan kerana Dia lah sebaik-baik penolong.

Yang kurang itu daripada saya, yang Maha Sempurna itu Allah Yang Esa.

Ok bai. NA