Happy Birthday Fatimah

Assalamualaikum.

salam sejahtera.

Inshaa Allah, esok hari ulangtahun si Fatimah aka Patimae, adik disini.
Selamat Hari Lahir Fatimah Azzahra.
Moga dirahmati dan dikasihi Allah.

Alhamdulillah, kehadiran budak berdua ini memeriahkan kehidupanku sebagai guru tadika anak-anak syurga.

Mashaa Allah, kenangan sebagai guru ini akan terpahat di sanubari, Inshaa Allah.

hidup lebih bahagia dengan memberi. Kadang-kadang rasa bersalah sebab terlepas marah kepada mereka. Meninggikan suara dalam keadaan terpaksa. Nasiblah suara perlahan. Serak dibuatnya. Bersama mereka ini, banyak pengajaran yang boleh di ambil iktibar. Ada yang bijak berkata-kata, ringan tulang, bercerita dan bermanja. Alhamdulillah. Kadang-kadang sangat mencabar kesabaran hingga batas terakhir.

Kak Hasnoor, isteri pengurus pernah berkongsi, bahawasanya marah itu adalah penyakit. Orang yang cepat marah adalah orang yang lemah. Aku akui, aku orang yang lemah. Walau bagaimanapun, anak-anak ini adalah penghibur, penguji kesabaran..Namun, itulah tiket ke syurga jika kena caranya. Inshaa Allah.

Okaylah setakat ini dulu.
Sekian cerita pari-pari.
Bersabarlah, Allah pasti bagi jika itu yang terbaik buat kita. Inshaa Allah, moga Allah permudahkan kerana Dia lah sebaik-baik penolong.

Yang kurang itu daripada saya, yang Maha Sempurna itu Allah Yang Esa.

Ok bai. NA

Nak jadi baik?

Assalamualaikum..

Salam sejahtera.

Aku cuma kongsi apa yang ada dalam koleksi media yang tersimpan molek dalam netbook ini.

tips Hijrah

Itu sebahagiannyalah nak berubah. Sahabat aku, Kartika Firman pernah berkongsi nasihat. Katanya ; “Jika HATI umpama rumah, maka pintunya adalah MATA, TELINGA & MULUT. Jika inginkan RUMAH yang BERSIH, Jagalah apa yang masuk dari pintunya.” Apa yang aku faham, setiap apa yang kita lihat, dengar dan bicara itulah menentukan bagaimana keadaan hati kita samada hati yang sihat, sakit atau mati. Jantung hati yang sihat adalah pandangan, pendengaran dan percakapannya di jaga. Contohnya, menjaga pandangan seperti melihat perkara yang baik-baik (tengok pokok, alam, tengok wajah ibu ayah, bacaan yang bermanfaat), menjaga pendengaran seperti mendengar bacaan Al-Quran dan nasihat, menjaga bicara seperti memberi salam. Kata-kata yang baik itu kan sedekah. Masyaa Allah, dalam tidak sedar senang rupanya menambah pahala. Jantung hati yang kotor mudah kita kesan, tidak perlu orang lain mengesannya, diri sendiri pun boleh tahu. Cuba lihat pada diri, apa yang kita lihat sepanjang hari? apa yang kita dengar sepanjang hari? Bicara bagaimana kita setiap hari? Apabila aku menulis, betapa aku boleh bermuhasabah diri bahawa aku ini juga banyak kekurangan. Jantung hati merupakan indikator dalam diri kita, bagaimana iman kita. Apabila kita melakukan maksiat, hati akan berasa tidak tenang. Jika hati sudah kotor, maksiat itu terasa alah bisa tegal biasa. Justeru, mohonlah petunjuk Allah setiap hari agar hati yang sakit boleh dipulihkan. Apabila kita tahu hati sedang sakit, ubatnya adalah taubat, bacalah dan fahamilah kalam suci Al-Quran, moga dengan itu kau bisa menemukan ketenangan. Usah tipu diri; ketenangan itu bila aku bersukan, berfoya-foya. tenang itu milik Allah. Minta padaNya, pasti Allah akan beri. Yakinlah.

Semalam, aku sengaja meminta nasihat pada sahabatku Mastura. Aku kongsikan bait-bait ayat yang diberikan. Moga mendapat saham akhirat. “Put your heart to Allah, then Allah will find a good place for your heart..Simple isn’t it? When Allah will take care of everything..you just have to trust and believe. smiley”. Terima kasih sahabat walaupun otakmu tepu dengan bacaan jurnal. Moga Allah permudahkan urusan sahabat-sahabatku yang sedang berjuang dalam medan menuntut ilmu. Sengaja aku katakan ‘broken heart’ as my problem. Kartika dan Mastura, dua sahabat dari Sabah yang ayat-ayatnya umpama miracle. haha. Aku senang bangat sama mereka berdua. Sahabat-sahabat lain pun begitu jua. Mungkin eratnya persahabatan ini sejak daripada alam kampus. Moga Allah pelihara sahabat-sahabat kesayangan hamba ini. Aminn.

Itulah untungnya ada sahabat yang baik. Kata-katanya menenangkan. Alhamdulillah. Milik Allah segalanya. Mana yang baik, amalkanlah. Mana yang tidak bermanfaat, tinggalkan. Ingat ustaz pernah bagitahu, tak ingat ustaz apa tapi boleh difikirkan. “Tinggalkan yang haram kerana Allah, dan Allah akan menggantikan yang lebih baik untukmu. Inshaa Allah.” Selamat berfikir wahai golongan ulul albab.

Alhamdulillah,

Segala kekurangan penulisan ini daripada saya, Segalanya yang baik lagi indah itu milik Allah.
With Love,
NA

22 Oktober 2015 M
9 Muharram 1436H