Zaman Pembinaan Piramid

Salam ‘alaik..

moga anda sihat dan baik-baik sahaja dimana jua anda berada..

post saya kali ini sambung pasal buku yang saya cerita sebelum ni..iaitu Misteri…apa?

Nusantara? eh,bukan! Misteri Firaun..jom layan~ erkk..jom baca!

Anda tahu apa itu mastabah?

Tak tahu?

Mastabah adalah susunan batu yang menyerupai rumah satu tingkat yang tiada tiada tingkap, bentuknya segi empat (sisi atas) dan dibina atas kubur seseorang.

Daripada mastabah terbinalah Piramid yang pertama iaitu Piramid Tangga. Macam mana boleh jadi macam tu ya?

Haaa…Pada zaman pemerintahan Raja Djoser (Zoser), ada seorang arkitek dan pakar perubatan yang bernama Imhotep. Mesti pernah dengarkan Imhotep ni..idea daripada Imhotep iaitu meletakkan satu lapisan yang lebih kecil di atas satu lapisan mastabah, lepas tu beliau meletakkan mastabah yang lebih kecil di atas mastabah tadi sehingga jadi 6 lapisan.

Tadaaa!!!! Jadilah Piramid Tangga yang pertama sebab bentuknya macam tangga. Bentuk tangga itu dari sudut falsafah adalah sebagai satu simbol tangga ke langit yang digunakan oleh roh raja Mesir Purba. Dan..ianya bukan Piramid Tangga yang pertama dibina semata-mata, malah ianya merupakan binaan batu yang pertama sebab tak da lagi masa tu yang buat macam tu. Piramid Tangga yang pertama dibina adalah di Saqqara yang terletak lebih kurang 35 km dari pusat bandar Kaherah sekarang.

Lepas Raja Djoser memerintah, pemerintahan disambung oleh Raja Sneferu. Pada zaman Raja Sneferu, sebuah piramid dibina di tempat yang diberi nama Meydum (Maidum). Pembinaaan Piramid Meydum ini adalah cubaan pertama bagi membina Piramid yang sempurna. Pendek cerita, gagal! Sebab? Tepinya curam dan tak da rupa langsung macam piramid. Gitulah al-kisahnya…Piramid Meydum ini perlu menaiki tangga untuk masuk kedalamnya. (sekitar 15 tingkat ). Tu baru nak pi pintu masuk, belum masuk lagi. Menurut bacaan saya, nak masuk dalam piramid ini..kena turun ke satu terowong dengan kecuraman sekitar 40-45 darjah dengan jarak dalam 50 m. Kelihatan  kaedah pembinaan Piramid Meydum ini dipanggil sebagai corbelling. Tapi di Piramid Meydum ini tidak ditemui Sarcophagus, bahkan piramid ini dipercayai ditinggalkan sebelum disiap dibina.

Sarcophagus tu apa pulak? Nak tahu ke?

Nak tahu ke tak nak.. nak bagitahu jugak! Sarcophagus adalah keranda yang diperbuat daripada batu dan bunyi sebutannya adalah ‘sarkafagus’. Ianya dihasilkan dalam pelbagai bentuk, rupa dan warna. Ada jugak penutup keranda berbentuk rupa orang, dan ada jugak yang ada ukiran-ukiran di tepinya. Di atas ma’bad ada dua batu stela. Siapa pulak Stela? Siapa atau Apa?

Stela bukan nama orang ya..Stela tu adalah batu yang diukir tulisan padanya dan fungsi dia adalah sebagai papan kenyataan umum, bentuk dia petak atau 4 segi yang separa bulat di atasnya. Oh ya perkataan Dinasti tu maksudnya warisan keluarga. Kalau Dinasti/ Keluarga yang sama (adik-beradik,anak, saudara-mara) , Dinasti yang sama. Kalau Dinasti lain maknanya tiada perkaitan keluarga la..

Lepas gagal cubaan pertama binaan Piramid Meydum, Raja Sneferu bina pulak Piramid kedua iaitu Piramid Bengkok, di Dashur. Kenapa bengkok? Ianya di panggil bengkok kerana tepi binaan itu dibina dengan kecuraman yang dikehendaki menaik ke atas. Lepas separuh ketinggian, ia termasuk dalam sedikit. Sebab tu nampak bengkok ke dalam. Puncanya dari dinding yang mula retak dan menjadi tidak stabil. Susunan batu dimasukkan ke dalam sedikit bagi mengurangkan beban keberatan kerana dikhuatiri retakan semakin teruk. Sebab tu la ia nampak membengkok ke dalam. Kenapa dinding boleh retak? Tahu kenapa?

Sebabnya piramid tu dibina atas pasir, bila makin berat, ia tak stabil sebab ada tekanan. Ingat manusia ja ka ada stress. Eh? Piramid ni pun gagal dan ditinggalkan. Raja Sneferu mula terdesak sebab usianya semakin tua dan makam persemadiannya belum lagi disediakan. Beliau tidak berputus asa, jadi terbinalah piramid paling sempurna iaitu Piramid Merah. Awat nama dia Piramid Merah? Ni cheq nak bagitaw, Piramid Merah ni setiap kali kena cahaya matahari, warnanya kelihatan merah. Piramid Merah merupakan tempat persemadian Raja Sneferu.

Selepas zaman Raja Sneferu berakhir, anak beliau pula yang menyambung legasi pemerintahan. Nama anaknya adalah Raja Khufu (Cheops dalam Bahasa Yunani). Raja Khufu membina piramid yang paling besar di antara ketiga-tiga piramid di Giza. Nama piramid Raja Khufu adalah Piramid Giza yang Agung. Tahu sebab apa sempurna walaupun first time beliau bina piramid? Haaaa…sebab beliau belajar dari pengalaman ayahandanya yang gagal dalam pembinaan piramid sebelum ini. Lepas tu anak beliau pulak sambung legasi pemerintahan, nama anaknya; Raja Khafre (Chepren dalam bahasa Yunani). Raja Khafre ni advance sikit daripada ayahandanya sebab dia yang bina Sphinx. Ape kebenda pulak la Sphinx ni? Sphinx adalah tugu yang berbentuk berkepala manusia dan berbadan singa. Erk? Motif?

Kepala manusia tu lambang kebijaksanaan akal, manakala berbadan singa tu lambang kekuatan fizikal. Pendek cerita, kat Giza ada tiga piramid, satu Raja Khufu yang empunya, yang kedua bersama Sphinx tu anak Raja Khufu, Raja Khafre..yang ketiga piramid masa zaman pemerintahan Raja Menkaure (anakanda Raja Khufu). Misterinya, susunan binaan ketiga-tiga piramid di Giza adalah menyamai sususan bintang Orion’s Belt.

Gugusan Orion merupakan susunan bintang yang membentuk seorang lelaki pemburu, dan pada pinggangnya tersusun 3 bintang. Nak tahu tak, salah satu lubang rupa-rupanya menghadap ke gugusan bintang Orion dan satu lubang lagi menghadap Northen Pole Star a.k.a bintang utara. Kepercayaan orang-orang Mesir purba; raja yang wafat akan dilahirkan semula sebagai bintang di langit selepas kematian. Nyanyian keagamaan memudahkan dan mempercepatkan kelahiran semula raja itu di langit yang berbunyi yang berbunyi “Wahai raja, kau adalah bintang yang hebat, teman bagi Orion yang menerangi langit bersama Orion.”

setakat tu ja la noh…nak tao lebih lanjut,,baca la buku tu..takkan nak taip sebijik-sebijik..ponat den nak nuleh ha..

that’s ol from me todei.
(todei is saturdei)

yg tulusly berkongsi ilmu org lain..erk~

cik_nisah